KUCHING, 9 Oktober 2026 – Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, mempengerusikan mesyuarat persiapan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Mesyuarat itu berlangsung di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Jalan Bako, Kuching, petang tadi.
Persidangan DUN Sarawak akan berlangsung dari 12 hingga 21 Oktober 2026, bermula pada pukul 9.00 pagi di Dewan Persidangan, Aras 8, Bangunan DUN Sarawak. Tiada persidangan diadakan pada Sabtu, 17 Oktober dan Ahad, 18 Oktober 2026.
Sebanyak empat Rang Undang-Undang (RUU) kerajaan dijadualkan untuk dibentangkan, merangkumi dua RUU berkaitan perbekalan dan dua RUU pindaan.
RUU berkenaan ialah:
1. Supply 2027 Bill, 2026 – Rang Undang-Undang Perbekalan 2027.
2. Supplementary Supply 2026 Bill, 2026 – Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2026.
3. Sarawak State Library Amendment Bill 2026 – Rang Undang-Undang Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2026.
4. Public Holidays Amendment Bill 2026 – Rang Undang-Undang Hari Kelepasan Am (Pindaan) 2026.